please enter your link kay. (juz ignore this sentence " If u are participating bla bla bla.."

followers

Wednesday, June 8, 2011

Failure



Assalamualaikum.

Korang pernah x FAIL dalam exam? Korang pernah x rase kecewa bila tengok list result yang dalam banyak2 tercatat kat situ korang sorang je yang dapat F , yg laen semua A B C. Rase diri korang ni bodoh sangat2 x time tu? Orang laen semua pass korang sorang je yang FAIL. Apa yang korang rase? Apa korang rase bila tengok semua kawan2 korang gembira dengan result cemerlang diorang tapi korang hanya mampu memandang slip result yang CGPA nya cukup2 makan je dengan perasaan sedeh dan kecewa? Korang pernah x bila dah berusaha bersungguh-sungguh, yakin sangat korang boleh dapat tapi sebaliknya korang x dapat menda tu? Apa korang rase? Apa korang rase bila ada orang perli result korang yang x berapa nak elok tu dengan cakap sarkastiknya macam ni “ bagusnye result ko ae,” ?? apa korang rase? Korang pernah x bila tunjuk result dekat mak ayah korang and then dorang bebel2 setengah jam and salahkan korang sebab itu ini padahal korang dah berusaha sebaik mungkin untuk exam korang? Korang pernah x rasa semua  tu? Perasaan apabila menghadapi sesuatu kegagalan dalam hidup korang. Pernah x?

Cat dah pernah rase semua tu. Dan sedang rase semua tu. Tadi slip result sampai kat umah. Inilah buat pertama kalinya cat sangat sangat sangat sangat sangat kecewa dengan result cat. Dan inilah pertama kalinya untuk seorang yang bernama Siti Khadijah Sallehuddin melihat slip examnye terpampang huruf F. bukan C- or D+ or D..tapi F!!! perasaan ni tuhan je yang tahu macam mana. Hah, cat memang x malu  nak beritahu semua tu. Lagipun buat apa kita nak berpura2 dapat result okay sedangkan result macam hampeh and x seberapa. Kn??
Siapalah yang x kecewa bila FAIL..? Ya Allah dalam hati ni xtahu nak cakap macam mana rase kecewa + sedeh + nyesal = nangis. Cat bukannya x berusaha langsung selak2 buku lalu2 then bruuummm terus pegi dewan  jawap exam baling2 dadu..tak..huhu..cat dah cuba buat yang terbaik dah tapi…hmmm.. Rase sedeh sangat sangat…cat rase macam orang bodoh je. Buang masa and duit mak ayah je untuk support kita study kat universiti tu. Padahal anak diorang ni dapat result macam hampeh. Rase down sangat sangat. Mula la rase tensyen je. Semua orang cat nak marah. Yela..sape x down if dapat result teruk macam tu!.huhu..

TAPI….

Tapi xkan selamanya kita nak rase kecewa dan sedeh kn? Gagal sekali x bermaksud kita gagal selama-lamanya. Kan? Xkan kita nak menangis je hari2 sebab menyesal. Hari2 nak layan feeling and last2 iman x kuat pegi terjun bangunan. Nauzubillah..janganlah sampai macam tu. Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah datangkan kemudahan sesudahnya. Sudah menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluknya.

Seperti dalam firman Allah dalam Surah al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesudahan itu ada kemudahan.”

Dalam al-quran pun Allah dah cakap yang setiap kesusahan itu pasti ada kemudahannye di kemudian hari. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin setahun dua dan mungkin kita akan memperoleh kemudahan tu di akhirat sana. Siapa tahu? 
Jadi kita kene redha dan bersyukur dengan apa yang tuhan dah bagi. Sebab apa yang Allah taala beri kat kita itulah yang sebaik-baiknya. Kita kene ingat yang kita ini hanya hamba bukan siapa2. Jadi kite kene kuat dan tabah menghadapi apa jua ujian yang diberi.

“Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak di uji.”

Sebuah hadis riwayat al-Tarmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“ sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya.”

Redha, redha dan redha…dan jangan sesekali kecewa dengan pemberian tuhan.
Kalau kita gagal, kita cuba lagi. Kalau kita jatuh, kita bangun balik. Kalau kita rase down,  kuatkan semangat. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Mungkin itu bukan rezeki kita. Anggaplah semua tu hanya sebagai dugaan yang Allah beri supaya kita x terleka dan terlupa akan Dia sebagai yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.  Akhir kata buat siapa2 yang x pernah tengok lagi video ni, cat harap korang tengoklah ye and fikir2kan mesej yang ingin disampaikan. (kalau beliau yang xde kaki xde tangan pun bole bangun sendiri, kenapa tidak kita yang sempurna ni?).Fikirkan.  Wassalam.=)



3 comments:

  1. tuhan tak beri sekarang, tapi mungkin Dia berikan nanti dengan yang lebih baik utk kita.. be strong and gud luck dear.. jangan putus doa.=)

    ReplyDelete
  2. cat...kita usaha sem depan ye! :)
    berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan?
    takpe..kita repeat sama2 k..
    Allah nak suruh kita belajar benda tu balik..insyaAllah, ade something yang kita tak dapat dulu, kita akan dapat kemudian..
    FIGHTING!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wanna share this post??? ok ^_^

My Awesome BFFs blog's

miaoww...miaoww

Daisypath Anniversary tickers

My Blog List