please enter your link kay. (juz ignore this sentence " If u are participating bla bla bla.."

followers

Wednesday, January 11, 2012

Luahan hati Si Meoww =3


Assalamualaikum..

Hai hensem guys and comel gurls sekalian..

Hari ni cat nak luahkan perasaan tak puas hati ni. Semua berkaitan dengan laman web sosial yang engkorang semua tak boleh duduk diam kalau tak log in sehari tu. FACEBOOK!!!
Nak citer pasal hot trend kat FB sekarang ni. Yang pasal kalau marah je, tulis kat FB.

HISHHH….Cat paling BENCI dan TAK SUKE betul kat orang yang kalau tenga marah2 or tak puas hati dengan someone, pastu dy pegi post  apa yang dy tak puas hati tu kat FB.  And  yang tak leyh blah tu, ada jugak yang siap tulis >> “ini tiada kaitan dengan yang hidup atau  yang sudah mati tiada’’.
What the fish?! That’s  not the way guys..plis lhaa…korang ingat dengan cakap macam tu, orang yang berkaitan tak terasa ke beb? Hah. Silap sangat. Cat tahu la korang memang tengah berapi berasap2 ngan orang tu, tapi tolong la jangan post ‘rasa tak puas hati’ korang tu. Dah tu ada yang siap dok mencarut  *%$@^* bagai..apekehal wei..agak2 la.. jaga sikit perasaan orang lain. Tahu la orang tu dah buat korang panas giler gaban tapi kalau korang buat macam tu, takde beza la korang dengan orang tu. SAMA jer..tahu tak?!

Hish..benci giler aar tengok. Dah  post2 semua, then bangga la sebab ramai orang like.  Pastu ada pulak yang datang jadi ‘batu api’ dok  goreng korang lagi sampai hangus. Tak kurang juga ada yang jadi pakar motivasi dan kaunseling tak bertauliah kat situ. Hadooii..jangan la korang…jangan la post apa yang korang tak puas hati tu. Jangan.. bukannya boleh selesai masalah pun..lagi teruk ada la kowt.  Bende2 macam tu tak sepatutnya korang buat. Korang tak boleh mengadu dekat public, sedangkan dengan tuan empunye badan, korang tak cakap pape pun. The best way is korang slow talk dengan orang tu. Terus terang dengan dy yang korang memang tak puas hati giler. Pastu bergaduh bertumbuk tarik2 rambut. Baru klaaasss..ini tak. Dok  komen sembunyi2 kat FB segala bagai. hah Pengecut!  (err, ignore yang bergaduh bertumbuk tu kay) ;p

Okay…sekarang cuba korang bayangkan korang lak yang jadi mangsa . ada orang tak puas hati ngan korang, pastu post itu ini kat wall FB dy (tanpa mention nama korang la kan). Orang ramai dok like2 bagai. Bagi komen macam2. Kata itu ini. Mesti korang terasa kan?! Tak banyak, sikit lha. Kan?!  Haa..tahu pun..Tipu la kalau korang boleh dok rileks2 cool lagi time tu.  pppffffffffffttt

Orang yang baik , dy takkan buat benda2 camni. Dy lebih rela makan hati daripada lukakan hati orang lain. Dy akan jaga hati  orang2 kat sekeliling dy.  Tolong la ye kawan2.. cat hanya nak mengingatkan..itu je… mintak maaf la kalau ada yang tak puas hati atau terasa dengan entri ni.  Macam cik LTP kita selalu cakap ‘’ini blog aku, suke hati aku lah’’ haha..

P/S: berdasarkan pengalaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wanna share this post??? ok ^_^

My Awesome BFFs blog's

miaoww...miaoww

Daisypath Anniversary tickers

My Blog List