please enter your link kay. (juz ignore this sentence " If u are participating bla bla bla.."

followers

Monday, January 30, 2012

Perginya Si KecilKu ='(

anak2 jagaan ibuku


Hari ini,

30 JANUARI 2012 bersamaan 6 RABIULAWAL 1433.

Aku telah kehilangan seseorang yang aku sayang. QAISH. Nama yang sangat unik. Pelik pabila pertama kali mendengarnya. Dia ialah seorang anak kecil yang baru berumur lebih kurang 4 tahun . Sangat comel. putih dan bermata sepet. kalau senyum memang tak nampak mata langsung. Dia adalah salah seorang anak jagaan ibuku (aku sebagai pembantu). Kami menjaganya sejak dia baru lahir lagi. Pada tahun 2008 kalau tak silap. Daripada hanya tahu menangis, sampailah dia tahu merangkak, duduk, berjalan dan bercakap. Hati ini seperti tidak percaya sahaja tatkala mendengar berita bahawa dia sudah tiada lagi.

Awal pagi tadi, seorang jiran memberitahu ibuku tentang hal ini. Lantas ibuku terus mengejutkanku dari tidur dan memberitahuku ‘’along..Qaish, anak acik Ita dah meninggal.., ‘’ Antara dengar dan tidak, aku yang sedang mamai hanya berkata ‘’owh, yeke? Em..’’. setelah hampir seminit aku mencerna kembali apa yang ibuku cakapkan tadi. WHAT! Adik Qaish dah takde? Innalillah.. baru minggu lepas aku ternampak dia dan adiknya bermain2 riang di depan pintu pagar rumah mereka (jiran depan _rumah flat). Aku hanya menyapa mereka dari jauh.

Huhu..Tidak ku sangka dia akan pergi menemui illahi semuda ini. =’( daripada cerita ibunya, dia mengidap demam selama seminggu lebih. Petang semalam demamnya sudah kebah sedikit. tapi dalam pukul 5 pagi tadi, cik Ita melihat Qaish sudah tidak bergerak lagi. Kukunya kebiruan. Badannya juga sudah lebam2. Ya tuhanku..Aku tidak sanggup melihatnya. Takut hati ini tidak kuat jika berada di hadapannya insan kecil itu. Insan kecil yang sudah ku anggap seperti adikku sendiri. Arwah akan dikebumikan selepas zuhur nanti. Sekarang ni arwah telah dibawa ke masjid Subang Perdana untuk disembahyangkan.

Ya Allah.. sedihnya hati ini. Arwah merupakan budak yang baik dan ceria. Aku sangat senang dengan dia. Dalam ramai2 anak yang ibuku jaga, dia je lah yang mendengar kata dan lembut je. Tak nakal pun. Dia hanya anak angkat cik Ita. Walaupun begitu dia telah dijaga dan diberi kasih sayang seperti anak sendiri dan ditatang bagai minyak yang penuh. Dimarah pun tidak pernah sama sekali. Tapi sayangnya dia telah pergi buat selama2nya sebelum sempat kami melihatnya dewasa.

Walau sudah setahun kami tidak menjaganya, namun dia tetap mesra dengan keluargaku. Tiap kali bertemu di tangga atau di luar rumahnya, dia akan salam dan mencium tanganku dan aku pula akan mencium pipinya yang putih suci . Betapa sopan dan tertibnya anak kecil itu. Tapi sekarang takkan ada lagi salam darinya. Tiada lagi riuh yang kedengaran dari rumah depan ini. Tiada lagi panggilan ‘along’ yang akan menyapaku tika aku menjemur kain di depan rumah. Pilunya hati ini sampai aku tak dapat mengeluarkan air mata setitis pun. Sebab aku tahu dia akan baik2 je di Sana. Melihat dari jauh. Mendoakan kami di sini. Allah ada di sisinya untuk melindung dan menjaganya.

Adik Qaish..akak relakan adik pergi. Moga adik bahagia di Sana, ye sayang. Along sayang kamu sangat sangat. Sangat sangat. =( akak hanya dapat sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin sahaja buat mu wahai adikku tersayang. Moga rohmu dicucuri rahmat. Amin..

Muhammad Qairish Qushairy B. Abdullah
DOB: 20/05/08



P/S: Setiap yang hidup pasti akan mati. cume masanya saja yang tidak diketahui..

3 comments:

  1. innalillahiwainnailaihirrajiun. semoga tabah :)

    ReplyDelete
  2. aloong.....angah xbleh terima..angah nk balik...angah windukn die..da xad sape yg men2 kat depan umah..yg senyum bila nmpk angah..;(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wanna share this post??? ok ^_^

My Awesome BFFs blog's

miaoww...miaoww

Daisypath Anniversary tickers

My Blog List