followers

Friday, May 11, 2012

History Of The Jungle Cat

Salam Jumaat semua...

emm..hari ni dah genap 2 minggu berlalu  kem Sinergi dekat Kem Sg Lopo, Hulu Langat tu.
So alkisahnya hari ni cat nak berkongsi pengalaman pahit manis suka duka dekat sana. Sebenarnya, lama dah cat nak buat entri ni tapi masa tidak mengizinkan. Banyak perkara kene settle down. Test pun berderet2 menunggu. ini pun minggu depan cat still ada 3 tests lagi. Hai..even dah nak dekat final exam pun, still nak buat test jugak. Tak paham betul lah UM ni..Zzzz
okay..taknak komplen banyak2. nanti kene saman susah pulak.. (ceh, macam la HEP UM nak baca blog ni kan?. perah santan betul kaww)..orite...

The story begins....
       In a land of myth and a time of magic..the destiny of a great kingdom rests on the shoulders of a young man. His name ..... (sapa tahu? cer sambung..hoho)

hahaha..mantap tak intro tu..?? ngee..sorry la melalut ke lain pulak.

okay..kali ni betul2. tak nak main2 dah. haa..
korang tahu tak yang ada resepi masak lauk kari kene letak serbuk kunyit?? haa...x pernah kan? kan?..ni nak citer la ni..cat baru je try resepi tu 2 hari lepas. Rasa dy okay la..tak weirdo sangat. Still selamat untuk dimakan lagi. haha..fine..merepek lagi. Sorry..

ek ehem! okay..Cerita yang sebenar-benarnya bermula begini...
hujung bulan lepas, 27 & 28 April..cat ada join kem yang batch kitorang buat. Kem ni kem simple je..lagipun, idea last minit. So dy macam tak smooth sangat la kata orang. Tapi still menyeronokkan laa.. Kitorang bertolak petang Jumaat tu. Jem teruk kowt waktu tu. Nasib baik tempat yang kitorang nak pergi tu tak jauh sangat. huhu..

Sampai2 je terus solat Maghrib berjemaah dan pengisian hati sikit. Lepas dinner, program bermula dengan slot ice-breaking. Mestilah setiap apa2 program pun, mesti ada sesi perkenalan ye dak? The next slot is ''MakJemah says''. Game ni memang lawak kowt. Sakan gelak je waktu tu. HAHAHA...Cik LTP lak asyik nak cari pasal je dengan cat. Ish! masalah betul dak kecik tu. Tah kene sawan apa tah dy dok tolak2 orang je keje. Berat nanang! *;..;*

Hmm..lepas dah habis game tu, slot Tutorial PPKU pulak dijalankan khas untuk adik2 first year yang akan ada test subjek tu minggu depannya. Tapi cat tak join sangat slot tu. Bukan apa.. nak bagi peluang pada yang pakar untuk menunjukkan kepakaran masing2 di situ. Lagipun, cat bukan pandai sangat nak ajar2 orang ni. Diri sendiri pun tak terajar.haha.. oh, lupa nak bagitahu yang kem ni hanya melibatkan first year students dengan second year je ( atas sebab2 tertentu.maaf ye senior). 

Keesokan harinya pulak, dalam pukol 4 lebih  ada kiamulail..Lepas tu..pukul 7, senam aerobik.Punye payah laa nak mengikut step2 yang diajar oleh Muiz dengan Aina kat depan tu. hadoiyai..osem sungguh la depa tu..

Lepas selesai sarapan, ini lah aktiviti yang cat tunggu2  iaitu JUNGLE TRACKING!!!
giler sapa tak teruja nak masuk hutan beb. Kali terakhir cat masuk hutan adalah 3 tahun lepas waktu Wira Jaya kat PLKN. haha.. Lama kan? Cat memang suka main2 dengan pacat dan segala bagai cacing kat dalam hutan tu. =p Seronok la! So..dengan semangat yang berkobar-kobar berbekalkan air mineral sebotol, cat pun masuk hutan bersama-sama yang lain dengan diawasi oleh beberapa orang pengiring. 

Muka dah ceria habes la kan sebab dapat masuk hutan. 15 minit perjalanan, still tak hilang lagi mood teruja. 30 minit perjalanan, okay lagi...boleh main2 lagi. jerit2 pacat melintas!!! Jaga!
 Lepas hampir 1 jam perjalanan, perkara yang tidak dijangka telah berlaku. 
  TAPAK KASUT LEKANG! omakaiiiiii...nasib baik lekang dalam 20% je dan still boleh berjalan lagi...so terus jugak la berjalan dengan kasut tu. Sampai dekat satu pokok besar, kitorang berhenti rehat kejap. Cat  dah rasa lain macam je dengan kasut tu. cek2, rupanya 2 2 belah kasut, dah 80% lekang. huwaaa...macam mana nak teruskan berjalan dalam hutan cani.. hati dah mula risau teramat. Baru sejam berjalan. Air terjun pun tak sampai2 lagi. ottoke ottoke..? huhu.. dengan muka tebal nye cat pun pergi dekat sorang abang pengiring tu, nak mintak tali untuk ikat kasut. huhu..malunyeee..

dah tu..cari2 tali, tak ada. lepas tu, lagi sorang pakcik pengiring ni bagi cat tali kasut dy..wuuu..cat sangat2 terharu. Segan pun ada...huhu..tapi yang tak boleh bla nye abang pengiring tu siap ikatkan kasut cat tu la...malu! kalau bukan sebab jalan tu berbukit2, cat boleh ikat sendiri je taw. Dalam dy dok tolong ikat tu, cat tengok kawan2 cat yang lain semua dah pergi. huwaaa...cat kene tinggal..sampai hati korang kan..sorang pun tak tunggu. Just tinggal cat dengan 3 orang pengiring tu je dan sorang budak.

    Cuba bayangkan korang sorang2 berada dengan orang2 yang korang tak kenal dalam hutan tu. Apa perasaan korang? Takut tak? huhu...T.T sedih sangat...diri ini ditinggalkan. Nasib baik ada SEORANG junior ni. Dy je lah yang teman cat time tu.TQ sangat2 ye adik. =)

haiz...memang betul la kan, kawan waktu gembira ramai je..tapi waktu susah jarang jumpa. huhuhu..takpelah...nak buat macam mana. Maybe diorang tak perasan sebab seronok sangat nak pergi air terjun tu kan? So, semua orang dah tak pandang belakang da. huhu..='(



Hmm..dengan kasut yang berikat2 tu ditemani oleh cik Z, buddy kecik cat, azizah, 2 3 orang lain, akhirnya cat sampai jgk dekat air terjun tu..( Thanks ye korang! ) Alhamdulillah..memang bersyukur sangat2 lah kan time nampak air terjun tu. Pengalaman pahit tadi tu pun hilang terus bila nampak air terjun mengalir. Penat pun tak terasa even hampir 2 jam jugak lah mendaki. Chanteq sangat2. Dah hampir 10 tahun dah cat tak pergi air terjun. 



Semua orang nampak gembira je kat sana. Main air..mandi -manda..snap gambar. Memang best gilerr la..Cume air dy teramatlah sejuk..menggigil jugak la dibuatnya..haha. Lepas tu, ada sorang abang pengiring ni suruh kitorang minum air garam guna buluh. Tak tahu lah kenapa kan. Maybe taknak bagi kitorang dehydrated kot. haha..



Hampir sejam lebih lepak2 dekat air terjun tu..kitorang pun turun balik...Time ni semua orang dah berpecah2. Cat pulak jalan dengan 3 orang lagi classmates. 2 jam perjalanan baru sampai bawah. Tali yang ikat kasut tu pun bape kali terbuka je. Huhu..payah sangat nak berjalan dengan kasut macam tu. Hanya tuhan je yang tahu perasaan ni. Memang penat giler giler giler la..  Sampai2 je dekat kem tu, habes tercabut terus tapak kasut. haha...kesian betul la. Last2, cat buang je kasut tu kat tong sampah. walllaaah..this is what we call " The History Of The Jungle Cat" ..mmiowww!
ngee..first time kot pergi jungle tracking sampai kasut sukan rosak. Memang sejarah lha..

Kalau cat tahu yang jungle tracking tuamik masa 5 jam, cat pakai kasut crocs je. Senang keje. huhu...Alhamdulillah laa, dalam pukul 2 tu,semua orang selamat turun. Bangga dengan sorang kawan ni yang badan dy agak besar la jgk. even dah separuh jalan dy patah semangat tapi akhirnya dy berjaya jugak naik turun hutan dengan kitorang selama 5 jam tu. Sangat2 bangga la dengan semangat dy tu. Tahniah kawan!

Haaaahh..penat2..(bukan penat apa, penat menaip) =p

kem ni abes dalam pukul 4 petang camtu diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah..bas datang. then, terus balik..=) yeaayhhhh...
jadi...pengajaran yang kita dapat di sini ialah kalau nak pergi kem, sila prepare betul2 ae. jangan jadi mcm cat. Susah hidup. huhu..

# lepas ni boleh shopping kasut baru!!!!!!!! =D


5 comments:

  1. tu bkn cari pasal...tu nme nye m'eratkan silaturahim dgn cara tsndiri ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooooooo...begitu..xtahu la pulak..hiew3 =3

      Delete
    2. eh, jap!
      tahu lak kite cakap pasal dy kan? HAHAHA =P

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wanna share this post??? ok ^_^

My Awesome BFFs blog's

miaoww...miaoww

Daisypath Anniversary tickers

My Blog List