followers

Friday, January 4, 2013

Study study study



Assalamualaikum..

Haa..tadi time cat tengah dok study Biostatistic sambil meset dengan My ChemistryBoy tu, tetiba je terlintas na buat satu entri baru.

Okay..sempena musim minggu ulangkaji atau peperiksaan akhir semester ni bagi yang sedang mengambil  ijazah la kan..(BM bahasa kebangsaan kita kot) cat terfikir fasal ayat “DON’T STUDY  HARD BUT STUDY SMART”. 



Haa..kompem korang selalu dengar atau sebut ayat gitu kan? nak2 kalau dah dekat2 nak exam tu.
Tapi……korang tahu ke apa itu “study smart”???

Haha..mesti ramai  yang ta tahu ann. Tahu sebut je tapi the true meaning haprak ta tahu. Kannn..>.<
sama la dengan cat pun. Tapi cat bukan ta tahu la just I’m not very sure. Cat rasa2 la kan, study smart tu macam ni :

  •  Dengar, fokus dan faham masa lecturer tengah mengajar  (Yang ni paling mencabar kesabaran. Lagi2 kalau lecturer tu dengan SS nye bagi explaination sampai lupa tanda noktah. pppfffttt)
  • Catat apa yang dy kata penting (tapi ini untuk sesetengah lecturer yang penyayang  je la)
  • Tanya lecturer on the spot  kalau ta faham apa yang dy tengah explain (yang ni kompem la cat tak pernah buat. Haha)
  •   Buat study group (seriously, cat tak suka wat mende ni. Dari dulu lagi. Dunno why. Tapi ia sangat sangat sangat la bermanfaat kalau buat betul2. Bukan dok bukak buku tapi mulot citer fasal gosip pakwe-curang-ada-sparepart-lain, Maria Elena kawen joget2, Matlutfi dah balik M’sia or yang sewaktu dengannya.)
  • Kalau buat revision, baca dan fahamkan apa yang kita baca. Then, baru hafal.
  • Short notes. (of course bro..takkan la korang nak baca nota photostat setebal 5 inci tu time dah dekat nak masuk dewan periksa. Ooo c’mon) usually gurls je yang RAJIN wat mende  gini. Warna-warni M’sia lagi. Tapi Lelaki ??? naaa..leceh la!
  •  Apa lagi ea..aaaa…ha! buat past year questions and TUTORIAL.!!! Yaaa..exactly. don’t miss that ok.
  • Then, JANGAN study sambil laptop on depan mata.  Pastu bukak tab FB, Twitter, Youtube segalabagai. Heh! Itu bukan study namanyeee..c’mon laa..pastu yang suka -giler-obses tengok RM (running man_<3 Jae suk <3 ) atau drama korea atau satu-cebis atau wat-so-eva..naa..no point korang bukak nota time tengok program tu. Penipu je tu. So ta payah penat2 pegang nota. Just campak jauh2 nota tersebut and korang tengok dulu citer tu puas2. Kalau dah puas, baru la sambung study. Haa..macam tu la study smart! Ke tak? =x
  •  Design acronym atau formula atau cerita untuk hafal sesetengah fakta tu. (only available for orang yang ada highly-creative-brain macam cik LTP. Beliau sangat sangat sangat lah hebat dalam permasalahan ini)
  •  Lagi…err..ta tahu dah nak cakap pe.


Okay..itu apa yang cat rasa la study smart tu macam mana. Tak tahu la betul ke tak. Hihi..that’s my theory. Kalau daripada En. Google pulak, cara study smart tu macam ni :
  1.  Buat ulangkaji masa awal pagi. Seelok-eloknya lepas subuh sebab otak kita tengah fresh waktu tu.
  2. Buat nota ringkas.
  3. Buat dan ikut jadual waktu belajar.
  4.  Buat past year questions.
  5.  Baca fakta berulang kali. (berulang kali..ku coba mengerti..<< cer teka lagu siapa?)
  6. Bertanya kalau tak faham.
  7.  Fokus untuk subjek yang kita lemah.
  8. Cuba elakkan gangguan emosi. (lecturer kata boley pergi shopping untuk elakkan stress??)
  9. Kurangkan kerja rumah tangga ??? tengok sini 
  10.  Disiplin diri dalam mengurus masa.


Belajar adalah suatu seni. Jika anda menguasai seni tersebut, anda boleh berjaya biar pun diri anda diselubungi misteri mempunyai beberapa kekurangan. (copycat)

Wahahaha..macam jadi pakar motivasi pulak gue. Ohohoho…

Well…best of luck everyone!!! Fighting >.<v



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wanna share this post??? ok ^_^

My Awesome BFFs blog's

miaoww...miaoww

Daisypath Anniversary tickers

My Blog List