please enter your link kay. (juz ignore this sentence " If u are participating bla bla bla.."

followers

Monday, August 13, 2012

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum..

korang pernah makan aiskrim goreng tak? Ke tak pernah dengar langsung? hailaa..rugi derr sapa yang tak pernah rasa aiskrim goreng tu..sedaaaaaaaaappp sangat sangat sangat. Cat pun baru kenal aiskrim ni masa Cat jadi ajk Gerai Konvo ASTAR. Pastu hari tu, adik Cat tetiba tunjuk gambar cane nak buat aiskrim goreng tu. Sonang jo ehh...engatkan kene guna mesin ke hape. haha.. Lepas tu, dan2 Cat start motor pergi kedai  beli roti dengan aiskrim. haha.. Dah la pergi beli aiskrim tengah-tengah hari time bulan pose lak tuh. Tak pasal-pasal orang cop tak pose. Arh..ada Cat kesah.. Beli untuk buka pose nanti, buat pe nak malu an? haha. ;p

hmm..korang patut try-cuba-test la buat aiskrim goreng ni. Bahan-bahan dy sikit jep. Cara-cara nak buat pun amat amat lah senang!


Rasanya tengok gambar ni je pun dah paham kan cane nak buat..senang je..=)
Ke korang still tak paham? haha..okay2..Cat tunjuk cara-cara dy satu persatu ep.

Mula-mula...

1) Ambik sekeping roti. Lenyekkan sikit dy..



2) Letakkan aiskrim



3) Letak satu keping roti kat atas. Lepas tu, tekup dengan botol minuman macam ni..
Tekan kuat-kuat supaya kedua-dua roti tu bercantum dan tak terbuka masa nak goreng nanti kay.
( nak gune acuan karipap pun boleh jugak tapi tak comel la bentuk dy)




Tadaaaaa...siap daa.

4) Jangan goreng terus taw. Kene simpan dulu dalam peti ais kira-kira 4 jam.
Lepas tu baru boleh goreng. Make sure minyak untuk menggoreng tu BETUL-BETUL PANAS!
Masa untuk goreng dalam 30 saat je supaya roti tu garing. Jangan lama sangat. Karang cair pulak aiskrim kat dalam tuh.

haaa..Inilah aiskrim goreng yang dah siap untuk di makan!
nyum nyum nyum xD


#fuhh..nasib baik tengah pose. 
Kalau tak, mau taip entri ni sambil pegang aiskrim goreng dekat tangan. haha >.<v





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wanna share this post??? ok ^_^

My Awesome BFFs blog's

miaoww...miaoww

Daisypath Anniversary tickers

My Blog List