followers

Tuesday, July 5, 2011

antara SUKA atau CINTA


Assalamualaikum..


hai teman2 ku sekalian..
hihi...ni cat nak tanya something ni. korang pernah tak keliru sama ada korang suka atau cinta kat seseorang tu? pernah tak? dah pikir ni berpuluh2 kali, tapi still tak tahu jawapannya..haa...kalo korang betul2 xtahu ape perasaan korang kat mamat jambu  ensem ala2 korea macam dia or awek cun comei ala2 UEE  tu, cuba baca dan pikir point2 kat bawah ni. cat pun xnak la kata yang menda ni 100% betul..tapi tak salah kan kalo kita try..mana lah tahu ada yang terlintas kat hati korang ke lepas ni..hohoho..check it out!

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. 




hmm..kalo di teliti la kan, ada jugak yang macam x bape nak betul kat situ. macam yang kat no.7 tu..x semestinya kita akan buat  orang yang kita suka je yang gembira. mestilah kita nak gembirakan hati orang yang kita cinta, ye dak? xkan lah nak biar dia menangis and kita pun ikut sekali menangis jer. x munasabah..haha..well..itu hanya pendapat cat. korang punye pendapat cat xtahu lah macam mana...
(^_^)
 
 
 
SUKA TIDAK SEMESTINYA CINTA...
TAPI CINTA SUDAH SEMESTINYA SUKA.. <3
 
 

"Cinta kepada bunga, bunga akan layu.
Cinta kepada manusia, manusia akan Mati.
Sebaliknya Cinta kepada ALLAH akan kekal abadi".

ALLAH adalah Pencipta dan Pembuka Rasa Cinta kepada hamba2`Nya,
dan hanya ALLAH lah yang bisa membuka dan menutupkan Rasa Cinta itu kepada mahkluk ciptaan`Nya atas kehendakNya...

2 comments:

  1. dan beznye kalau kita dapat balas cinta Allah tu macam tanda2 cinta yg awak tulis tu..;)

    ReplyDelete
  2. betul tu syira...bukan senang untuk mendapat cinta Ilahi kalo kita sendiri x berusaha ke arahnya..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wanna share this post??? ok ^_^

My Awesome BFFs blog's

miaoww...miaoww

Daisypath Anniversary tickers

My Blog List